Please leave your URL, will be "terjah" ur page

Kacau Dodol


Hye...Sempena Hari Raya yg bkl mnjelma kami 2 keluarga iaitu kluarga sya n keluarga mentua sy telah pun bergotong royong mngacau dodol...ketua dia adalah mak mentua saya...huh nasib baik pakai dapur gas..kalau pkai kayu alamak buta kjp mata...pedih wo.....Butiran pasal dodol ni seperti dibawah:

Ketua: Pn Jarah(Merangkap Mak Mentua ku)
Tukang Kacau: En Arman(Cip)..En Hussni(Tukang sibuk), En Apis (My Adik)
Tukang Tengok: En Yusop & Hj Baharuddin
Aku: Biasa la reason paling bagus..jgn gerak byk2 heheh..padahal keluar masuk umah ambil mcm2 perkakasan....
Medium Perkakasan: Kawah (Mak Ifa), Centung (Pelbagai Pihak), Dapur Gas (My Father)
Cara Bersihkan kawah yg berkarat: Pakai batu bata..gesek sampai tanggal karat..Lepas tu guna hampas kelapa tabur kan...n semua kotoran akan tertanggal..tapi mesti lah dibuat atas api...
Agen Pembungkusan:Mr Eddy..Sebab datang lambat..alasan mls nak kacau....
Medium Pembungkusan: Pelbagai..Ada bekas aiskrim...& Plastik
Berat Dodol: 4kg
Lokasi:Sg Rambai (Umah sya lerrr)
Tempoh Masa: Mula (10PM) Siap (1AM) Kira la sendiri ek....

Resepi Dodol Mak Jarah
4 Kampit Tepung Pulut
15 biji Kelapa
8kg Gula Melaka
3kg Gula Pasir

Cara-Cara Pembuatan
  1. Rendam kan Tepung Pulut sekurang2nyer 5jam bagi kembang tepung tu..Tepung yg direndam mestilah seolah2 tepung goreng pisang **(julat kecairan)
  2. Gula Melaka hendaklah dicairkan secara berasingan..Sampai pekat tau...
  3. Selepas dah kembang..........................
  4. Perahan Santan---Yg pati masak sampai pecah minyak...Yang Mancau(yg cair tu...) bancuh dengan tepung tadi...
  5. Sementara tu..kawah dah dipanaskan..Masukkan gula melaka n tepung tadi...
  6. Lepastu kacau tau..jgn sesekali melepaskan centung..bergilir2 la menguat kan tangan...hehehe
  7. Selepas gula n tepung dah sebati...masukkan pati santan yg di masak tadi...kacau lagi tau...
  8. Lepas dah rupa mcm dodol cair masukkan gula pasir...kacau lagi sampai la masak
  9. Dodol mesti lebih gula kalau tak akibat dia akan jadi seperti "BULU LOTONG"..
  10. & satu lagi mestilah cukup masak jgn pekat sangat sebab nanti dia akn keras seperti batu..
  11. --------Selamat Mencuba Di Lain Tahun sebab tahun ni dah tak sempat --------:)

nurul baharuddin  – (September 28, 2009 at 2:37 PM)  

Wahidah-->meh la dtg byk kat umah lagi ni...

Post a Comment